019 - 231 0502 suharahamdi@gmail.com

Petua Turunkan Bacaan Gula

Hari ni saya nak kongsikan tentang Petua Turunkan Bacaan Gula untuk anda yang mengalami masalah Kencing Manis atau yang berisiko mendapat kencing manis . Petua menurunkan Bacaan Gula ini insyallah dapat membantu usaha anda untuk mendapat bacaan gula yang normal sambil membuat rawatan dan ikhtiar lain dan mempercepatkan proses untuk bebas Kencing Manis

Petua Turunkan Bacaan Gula 1

Kencing manis adalah antara penyakit no 1 yang dialami oleh rakyat Malaysia juga membawa kepada penyakit 3 serangkai yang lain. Mungkin akibat pemakanan yang tidak dikawal terutama pada mereka yang mempunyai genetik Kencing manis. Pemakanan menjadi faktor utama namun kada faktor lain yang boleh menyebabkan seperti stress, ubatan dan lain-lain

Bacaan gula dalam darah yang tinggi ini sebenarnya boleh terjadi 15 ke 20 tahun sebelum kita di sahkan mendapat kencing manis. Dalam waktu 15 ke 20 tahun itu kita sebenarnya sudah mula mendapat kesan sampingan seperti orang kecing manis . Insulin yang tinggi akibat pemakanan yang tidak dikawal ini menjadikan growth hormon dan menyababkan simpanan lemak dan kegemukkan. Oleh itu mengawal seawal mungkin adalah penting untuk kita walaupun belum disahkan mengidap kencing manis lagi.

Antara kesan yang kita boleh alami sebelum disahkan mengidap kencing manis adalah

Masalah mata

Masalah otak dan pelupa

Masalah saraf

Masalah berat badan

 

Kencing manis ada 2 jenis iaitu type 1 dan type 2.

Kencing Manis Type 1

adalah kegagalan untuk menghasilakn insulin lagi. Ia boleh berlaku dari penyakit atau kegagalan pancreas atau terjadi dari Kencing manis type 2 yang terlalu lama dan menyebabkan insulin sudah tidak dapat dihasilkan lagi. Pada tahap Kencing manis type 1 kebanyakkan pesakit sudah menerima suntikan insulin sebagai ganti insulin yang tidak dapat dihasilkan

Kencing Manis type 2

adalah yang berlaku pada kebanyakkan kita. Type 2 diabetis terjadi akibat insulin yang terlalu banyak ( Insulin resitant) di hasilkan namun tidak dapat dikenal oleh tubuh dan digunakan oleh tubuh akibat terlalu lama terdedah dengan pengambilan gula yang banyak dalam makanan. Walaupun mengenal pasti nya adalah melalui bacaan gula yang tinggi yang  ( hypeglycemia ), namun ia terjadi bukanlah kerana bacaan gula itu terlalu tinggi tetapi di sebabkan oleh insulin yang berlebihan dan dihalang oleh tubuh sendiri sebagai meyelamatkan tubuh dari keracunan insulin yang tinggi .Apabila ia terjadi , Insulin tidak dapat lagi di gunakan serbagai Cara Turunkan Bacaan Gula dalam darah seperti sepatutnya dan berlakulah bacaan gula dalam darah yang tinggi .

Petua Turunkan Bcaan Gula ini boleh diamal sebelum kita mula mendapat Kencing manis sekali pun dan ia sangat membantu pesakit kenacing manis. Petua Turunkan bacaan gula ini boleh menurunkan gula dalam 1 malam dan atau dalam 1 minggu . I sesuai di teruskan bersama rawatan yang ada untuk jangka masa yang lebih lama sehingga mencapai bacaan yang stabil setiap masa

1.Makan makanan berasakan protin , lemak sihat dan sayuran tanpa karbohaidrat. karbohaidrat akan menyebabkan gula dalam darah naik . Lemak sihat ini akan memberikan kenyang yang lama dan membantu penurunan bacaan gula dalam darah

2.Makanan yang mengandungi kronium seperti brokoli  akan stabilkan gula dalam darah

3.Makanan yang mengandungi magnasium seperti kekacang dan bijian dan sayuran

4.Makanan tinggi serat yang akan membantu stabilkan bacaan gula.

5.Apple cider viniger organic membantu menurunkan bacaan gula dan kadang-kadang  boleh terlalu rendah jika di ambil bersama ubat darah tinggi yang perlu anda serasikan

6.Minyak kelapa mampu membantu stabilkan bacaan gula

7.Gunakan penganti gula sepeti stivia , molases dan madu

amalkan petua ini dan anda kan mendapat kesan yang lebih cepat jika dilakukan bersama-sama intermittent fasting iaitu hanya makan 2 ke 3 kali sehari sahaja tanpa makanan sampingan di antara waktu makan. ini akan membantu bacaan gula anda stabil kerana memberikan ruang untuk tubuh anda mengunakan gula yang ada sebagai tenaga.

Selain mengamalkan petua anda juga boleh mengamalkan suppliment yang mengandungi kesemua zat dan nutrisi yang membantu bacaan gula. Keluarga saya amalkan Vivix Shaklee sebagai membantu menurukan bacaan gula kerana antioksidanya yang tinggi serta mempunyai keupayaan mengelakkan gula di serap ke dalam darah dan menukarnya kepada tenaga. Selain itu Vivix juga dapat membantu mengundur kesan sampingan Kecing manis di dalam badan seperti kerosakkan sel , saraf dan lain-lain

Turun Bacaan Gula

Rujukan Type 2 diabetes