019 - 231 0502

Cara Membuat Bubur Beras Perang

Alhamdulillah..Cik Su masih diberi peluang untuk berkongsi kepada pembaca semua.. Harini terasa nak tulis tentang cara nak buat Bubur beras Perang Untuk bayi. Yelah sebab anak Cik Su dah pun masuk 7 bulan.. Teruja nak cuba semua jenis puree, bubur, sayur dan buah2an.

Kali ni Cik Su nak kongsi cara penyediaan Beras Perang sebelum Cik Su jadikan Bubur untuk dimakan.. Mula2 Cik Su minta tolong husband belikan beras perang ni..

Cara Buat Bubur Beras Perang Untuk Bayi

Beras Perang

 

Selepas dah dapat beras perang ni.. Maka bermula lah Cik Su bersilat kat dapur untuk menunjukkan Cara Membuat Bubur Beras Perang Untuk Bayi.

Kita mulakan step 1

Iaitu rendam dahulu beras perang mengikut kuantiti yang kita suka.. Sebab Cik Su agak2 ja.. Dalam 1cawan penuh.. Pastu kite rendam ia selama 24 Jam.. Cik Su start jam 12 tengahari sampai 12 tengahari esok baru kite teruskan Operasi Bubur Beras Perang Bayi ni.

Eco Brown's Origenal

Rendaman Beras Perang dengan 1 cawan

Pastikan bila kite rendam tu jenguk jugak ya.. Untuk gantikan air apabila ia ad bau masam sikit.

Step 2

Selepas dah cukup 24 jam kita rendam beras perang tu.. Maka kita boleh tapis kan dulu dan cuci semula.

Menapis Beras Perang

Menapis Beras Perang

Step 3

Selepas ditapis boleh masukkan beras perang tadi ke dalam kuali untuk disangai ataupun digoreng tanpa minyak sampai ia betul2 kering.

Brown Rice Beby

Beras Perang Yang Di Sangai

Step 4

Selepas Beras Perang disangai kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk. Ni adalah warna Beras perang selepas disangai.. Cantik kan..

Warna Beras Perang Selepas Disangai

Warna beras perang sangai

Step 5

Bila Beras Perang pun sudah sejuk maka kita boleh teruskan kisar kering supaya texturenye menjadi lebih halus.

Mengisar Beras Perang

Beras Kisar

Step 6

Selepas kisar beras perang.. Boleh lah di masak buat bubur beras Perang Bayi☺️☺️

Bubur Beras Perang Bayi

Masakkan Bubur Beras Perang